....TIA AMELIA PEK REMAJA....
Pek Remaja keluaran Tia Amelia dilengkapi dengan Sabun Pembersih Muka, Krim Kunyit dan Sunblock/Foundation untuk golongan remaja yang ingin memiliki kulit yang tampak segar dan bebas daripada cela.
Penggunaan ketiga-tiga dalam Pek Remaja yang konsisten akan membantu anda mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit wajah di samping melindungi kulit daripada radiasi sinaran ultra ungu yang boleh mengakibatkan kanser dan penuaan kulit.
Khasiat Pek Remaja Tia Amelia
Sabun Pembersih Muka
➤Menanggalkan kotoran
➤Membasmi sel kulit mati dan minyak berlebihan
➤Menghalus dan menyegarkan kulit
Krim kunyit
➤Mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit
➤Melambatkan proses penuaan
➤Meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit
Sunblock/Foundation
➤Melindungi kulit daripada sinaran matahari
➤Mengekalkan kelembapan, kecerahan dan kehalusan kulit
➤Melambatkan proses penuaan
➤Mengimbangi tona kulit agar lebih sekata
Kandungan Pek Remaja Tia Amelia
Sabun Pembersih Muka
Air Suling: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan kulit.
Minyak Kelapa: Minyak kelapa berupaya melembutkan kulit yang kasar dan kering serta mampu menanggalkan kesan mekap dengan berkesan. Ia juga berperanan untuk melembap dan menyerikan lagi kulit wajah. Selain itu, masalah yang berkaitan dengan kulit seperti kulit sensitif, jerawat mahupun luka dan calar pada kulit juga dapat diatasi dengan menggunakan minyak kelapa.
Madu: Merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga, madu berupaya membekalkan tenaga untuk tubuh badan selain berfungsi sebagai glukosa untuk menggantikan karbohidrat. Madu juga mampu mencegah serangan jangkitan bakteria sekaligus membantu menggalakkan pemulihan luka dan mengatasi masalah kulit. Selain itu, madu yang bersifat antioksida dan antibakteria ini turut berperanan mengekalkan kehalusan dan kelembutan kulit serta menghasilkan tona wajah yang sekata, memudarkan parut di samping meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan.
Krim Kunyit
Kunyit: Kunyit mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman, menggalakkan penyembuhan luka serta mengatasi masalah kulit dan kegatalan. Di samping itu, kunyit turut digunakan sebagai skrub untuk meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah.
Sunblock/Foundation
Avobenzone: Sebatian sintetik ini turut dipanggil Butyl Methoxydibenzoylmethane dan berperanan untuk menyerap sinaran ultraungu (UV) lalu menukarkannya kepada radiasi infrared yang kurang berbahaya sekaligus melindungi kulit daripada sinaran UV yang merosakkan kulit di samping mencegah daripada proses penuaan.
Octyl Methoxycinnamate: Turut dipanggil Ethylhexyl Methoxycinnamate, Penggunaan utamanya adalah dalam suncreens dan kosmetik lain untuk menyerap UV-B sinar dari matahari, melindungi kulit daripada kerosakan. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kemunculan parut.
Homosalate: Homoslate merupakan sebatian organik yang terhasil daripada asid salisilik bersama 3,3,5-trimethylcyclohexanol. Ia berfungsi memelihara kulit daripada kesan buruk akibat sinaran matahari, di samping mencegah penuaan kulit
Octyl Salicylate: Octyl Salicylate adalah sebatian organik yang berupaya menentang sinaran matahari dan melindungi kulit daripada radiasi ultraungu yang boleh mengakibatkan kanser kulit di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Oxybenzone: Bahan organik ini berupaya menentang sinaran matahari dan melindungi kulit daripada radiasi ultraungu yang boleh mempercepatkan proses penuaan dan mengakibatkan kanser kulit serta membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Cara Penggunaan Pek Remaja Tia Amelia
Sabun Pembersih Muka
➽Basahkan wajah
➽Buihkan Sabun Pembersih Muka pada tapak tangan
➽Sapukan dan gosok perlahan-lahan pada keseluruhan muka
➽Bilas sehingga bersih
➽Boleh digunakan pada bila-bila masa
Krim Kunyit
➽Gunakan setiap malam sebelum tidur
➽Cuci muka dengan Sabun Pembersih Muka
➽Setelah kulit muka dilap kering, sapukan Krim Kunyit secara nipis pada keseluruhan muka
➽Disyorkan menggunakan Krim Kunyit selang sehari pada awal penggunaan
➽Jika terdapat reaksi alahan, hentikan penggunaan
Sunblock/Foundation
➽Gunakan pada waktu siang setiap hari
➽Setelah muka dicuci bersih dan dilap kering,
➽Sapukan Sunblock/Foundation secara nipis pada keseluruhan muka
BERMINAT....
0 comments